Uncategorized
41 mangsa pelabur Lavida Coin tuntut RM59 juta daripada Vida sebab gagal tunai janji!

41 mangsa pelabur Lavida Coin tuntut RM59 juta daripada Vida sebab gagal tunai janji!
Hari ini, seramai 41 pelabur mata wang kripto yang dimiliki oleh usahawan terkenal, Datuk Seri Vida iaitu Lavida Coin (DSV Crypto Club, LUX Galaxies and VI Profit Galaxy) telah membuat keputusan untuk menuntut ganti rugi berjumlah RM59 juta kepadanya.
Menurut laporan mStar, mereka membuat tuntutan tersebut disebabkan wang pelaburan serta keuntungan yang dijanjikan tidak dipulangkan kepada mereka sejak tahun 2018.
Sehubungan dengan itu, mereka semua tela bersepakat untuk memfailkan writ saman terhadap Vida serta tiga orang rakan kongsinya di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.
Menurut peguam Mohammad Izwan Azmi yang mewakili kesemua plaintif, writ saman dan tuntutan telah diberikan kepada Vida di Empire Beauty DSV, Angsana Mall, Ipoh, Perak pada 15 Disember 2022.
“Pada Ogos 2018, mangsa membuat pindahan wang ke syarikat-syarikat milik Vida dan menurut representasi oleh pihak defendan iaitu Vida dan lain-lain mendakwa Lavida Coin adalah sah dari segi undang-undang, ada kelulusan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC), Bank Negara dan agensi lain.
“Namun menariknya, pada 29 Ogos 2019, SC mengumumkan Lavida Coin dimasukkan ke dalam senarai amaran pelanggan agar tidak membuat pelaburan.
“Sehubungan itu, jika Vida gagal membuat bayaran kemungkinan tindakan akan diteruskan termasuk muflis selain rumah dan harta di sita,” katanya.
Bukan itu sahaja, atas perintah mahkamah, Izwan turut menjelaskan writ saman dan pernyataan tuntutan tersebut terpaksa diiklankan di akhbar Berita Harian disebabkan tak dapat serahkan kepada tiga lagi defendan lain bertarikh 10 Februari 2023.
PERHATIAN: Pihak Admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page Majalah Perdana Ya.
Sumber : Oh My Media
-
VIRAL10 months ago
2 minggu anak tak makan sampai tinggal tul4ng, mak ayah bagi al4san terlalu sibuk bekerja
-
VIRAL10 months ago
Ayah redah 30 kilometer selepas menerima panggilan dari sekolah, cikgu tersentak melihat kebenarannya
-
KELUARGA4 years ago
Mampu Kumpul Rm12,000 Dalam Tiga Bulan. Lelaki Bergaji Rm800 Ini Kongsi Tips
-
HIBURAN4 years ago
Kerana Membeli Secara Online, Lelaki Ini Menangis Sebaik Sofa Sampai Ke Rumah
-
IKTIBAR4 years ago
“Pakcik dibuang oleh keluarga pakcik kerana sekeping geran tanah”
-
INSPIRASI3 years ago
SPM Belum Ambil Namun Anak Yatim Ini Mempunyai Pendapatan RM50000 Sebulan
-
PETUA4 years ago
Inilah 5 Tanda Anak Mula Jadi RAJA Pada Mak Ayah
-
AGAMA3 years ago
Larangan Menggantung Gambar Kahwin Serta Keluarga. Ini Jawapan Mufti Wilayah