Connect with us

IKTIBAR

3 Bulan Tak Bayar Sewa, Serba Salah Nak Minta Keluar Rumah Bila Dapat Tahu Penyewa Sarat Mengandung 8 Bulan

Published

on

3 Bulan Tak Bayar Sewa, Serba Salah Nak Minta Keluar Rumah Bila Dapat Tahu Penyewa Sarat Mengandung 8 Bulan

Apabila sebut tentang sewa rumah pasti ada di antara kita yang pernah mendengar atau mengalami sendiri kes-kes penyewa lari dari rumah dengan tunggakkan bil dan baki sewa rumah yang melampau.

Namun, kes yang dikongsikan melalui Facebook Merican Prop adalah berbeza apabila penyewa yang tertunggak bayarannya selama tiga bulan itu sedang sarat mengandung dan ternyata mempunyai masalah kewangan apabila isi rumah kelihatan kosong. Penyewa menceitakan apa yang terjadi pada dirinya kerana sebelum ini dia tidak pernah lewat untuk membayar sewa.

Sebelum ni tak ada masalah pembayaran

Penyewa mengandung 8 bulan, dapat notice keluar rumah sewa 48 jam.

Adui, bagi mesej tak berbalas, pergi ketuk rumah tak menyahut, call tak berangkat. Dah masuk 3 bulan penyewa tak bayar sewa rumah, owner minta tolong cek dan bagi notice keluar rumah.

Hari nie ketuk rumah lagi, sekali wife penyewa keluar. Muka bersih cantik dan kecik orangnya, orang Sabah lembut dia bercakap. Adui, terus rasa macam mana ni nak start cakap.

Cakap baik-baik dan dia sedia tahu yang husband tak bayar sewa rumah 3 bulan dah, masa awal-awal sewa diorang tak ada masalah payment langsung, tapi beberapa bulan kebelakangan ni memang agak lewat, nasib baik owner jenis yang lembut hati, walaupun lewat 2 bulan masih boleh terima lagi janji ada payment sewa, yela si owner pun kene kejar dengan bank jugak kan.

Sedang sarat mengandung 8 bulan

Bila penyewa start tak nak reply apa-apa mesej atau jawab panggilan, benda ni yang susah untuk owner. Owner dah decide nak potong api air dan report polis, tapi abang Nas Akmal kata rumah tu macam ada orang lagi tinggal. Sepatutnya 30/4/19 tu dah kena kosongkan rumah.

Tahu tak apa yang Zatie terkejut bile nampak wife penyewa ni? Bila dia kata husband dia dapat gaji tak tentu, company boss dia ada masalah dan husband dia kene buang kerja dan nak pindah bulan-bulan puasa ni tak tahu lagi nak kemana. Sekarang pun dah sarat katanya. Ya Allah. Ye la, tak perasan pun wife dia mengandung. Dah 8 bulan pula.

Weh tak pernah ok jumpa situasi ni. Zatie rasa terus nak menangis, sebak gila. Zatie minta izin nak masuk rumah tengok keadaan dalam rumah, rumah masih keadaan ok tapi memang kita boleh tahu keadaan dia sekarang tengah susah. Anak ada 3 or 4 orang rasanya kecil-kecil lagi Zatie nampak tadi. Dalam rumah memang tak ada barang ap-apa, kat dapur pun nampak kosong ja.Terus terfikir, apa anak-anak ni makan, apa wife dia yang mengandung tu makan buka puasa nanti.

Pertama kali jumpa kes macam ni

Kes ni masih tak tahu hujung pangkal lagi, nak kena update owner situasi penyewa. Mudah-mudahan family ni akan bertambah rezeki lagi, mungkin ini dugaan untuk diorang. Esok Zatie nak jumpa penyewa ni, harap dapat bantu dia apa yang patut.

First time pengalaman sebagai Perunding Hartanah berdepan dengan emosi macam ni. Selalunya kes penyewa lari dari rumah tengah malam, tinggalkan hutang api air beratus-ratus atau beribu pun ada, ada yang sewa awal baik tapi hujung buat benda yang tak best. Kali ni beza betul. Bila orang yang hadapi masalah tu tenang dan redho, lembut cara percakapan walaupun dia mengaku dan tahu yang dia tak bayar sewa tapi situasi tu buatkan diorang tersekat, hati ni jadi cair terus. Meleleh air mata bila hadap kes macam ni weh.

Sumber: Merican Prop via ohbulan

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending